Wednesday, February 9, 2011

Semangat.

Pagi ni macam agak kelam kabut skit. Seawal jam 6.30 pagi, iaitu sesudah Subuh bak kata orang lebih afdal; maka aku pun keluar dari rumah untuk mencari rezeki. Dengan hati dan semangat yang membara, aku melangkah menunggu bus rapid di depan umah.

Tepat jam 6.45 pagi, bus rapid muncul. Aku lihat abang drebar agak kengantukan hari ni. Tapi itu tidak sekali-kali membunuh semangat aku untuk ke tempat kerja.

Setelah sampai di terminal feri, aku melihat dari kejauhan pakcik yang menjaga pintu penumpang ingin menutup pagar tersebut. Aku pun terus berlari sehingga tereksiden dengan bangku penumpang. T_T Nasiblah tiada abang kacakkk di situ. Akhirnya pakcik tersebut memberi keizinan untuk aku masuk ke dalam feri. Mungkin disebabkan wajahku yang pucat akibat terbabas dengan bangku tadi. Terima kasih pakcik!! Pakcik sangat baik hati. Kata hati kecilku.

Perjalanan demi perjalanan, akhirnya aku sampai di muka pintu gerbang tempat kerja. Perjalanan masih jauh. Aku menghela nafas yang agak panjang. Ikut hati mahu saja aku hentak-hentak kaki kerana bebal untuk berjalan jauh menuju ke tempat kerja. Namun disebabkan semangat membara yang ada di celah-celah hati, aku tabahkan diri.

Setelah 10 minit perjalanan, aku pun terpacak di hadapan bangunan tempat kerja. Sampai di muka pintu, aku disambut dengan senyuman manis dan sapaan 'Gud Morning' oleh seorang gadis Vietnam yang cukup manis. Sangat sopan orangnya. Kenapa tiba-tiba aku pula yang malu? Mungkin aku memang begini.

Terus aku menuju ke tingkat atas, iaitu bilik ofis aku. Hmm. Seorang pun masih tiada. Yang ada cuma 2-3 kerat sahaja. Tiba-tiba aku disuruh oleh bos supaya mencari sedikit sebanyak maklumat tentang tetamu undangan yang akan hadir pada majlis petang ini. Terus aku 'on' lappy tanpa soal. Jari jemariku rancak dan pantas men'gugel' apa-apa yang patut.

Selesai kerja-kerja pencarian tersebut, terus aku ke bilik bos.

Korang tahu apa jawapannya?

Alangkah girangnya hati ini apabila bos telah memuji-muji aku. Aku menjadi kembang setaman buat sesaat. Syukurlah.

Dengan senyuman dan hati kuntum-kuntum, aku terus ke bilik ofis semula.

Suatu permulaan yang cukup indah buat aku. Aku berjanji, yang aku takkan sia-siakan peluang yang ada dan akan terus bekerja dengan semangat yang terbakar selepas ini. InsyaAllah.

Tamat Kisah.




Sunday, February 6, 2011

Langkah 1.

Selamat Datang ke Rumah Baru yang masih tak ada perabot.

Masih kosong, dan masih belum ada isi. Hanya kata-kata pembuka belog yang muncul.

Sebagai permulaan, ini adalah belog yang berkaitan dengan apa-apa jua tentang hidup aku. Hope korang tak termuntah hijau atau pengsan sebulan dengan membaca belog ini.

Anggaplah gurauan-gurauan atau perlian-perlian di dalam blog ini sebagai hiburan dihujung minggu, santai petang (malam pun bole), dan renungan untuk rakyat belog sekelian.

Salam 1Belog.

-Saya menurut perintah pemilik belog ini-