Bila dah single, Ben merasakan dirinya bebas seperti burung-burung yang berterbangan di awan biru. Ayat ini mungkin agak klishe. Tapi tidak pada Ben kerana dia menganggap itu real dan betul-betul diyakini. Tiada paksaan, tiada pembohongan, tiada kepura-puraan, tiada kepalsuan dan yang paling penting ─ tiada kecurangan. Hidupnya mungkin lebih aman tanpa kehadiran cinta di hati…
Suatu hari, Ben mengambil keputusan untuk pulang ke kampung atuknya di Pulau
Seperti yang dirancang, tiba hari untuk Ben melangkah pergi ke sebelah utara tanah air. Selamat Tinggal KL! Kata hati kecil Ben dengan pasrah. Disebabkan Ben memiliki kedudukan yang agak bagus di syarikat, maka Ben dapat bercuti lebih lama. Memandangkan Ben juga jarang-jarang untuk memohon cuti sepanjang bekerja di syarikat itu. Rony ─ selaku boss Ben memahami jiwa Ben yang inginkan ketenangan setelah putus tunang dengan kekasih hati pengarang jantungnya seminggu yang lepas. Maka cuti Ben akhirnya diluluskan tanpa was-was.
Lebih kurang 3 jam ─ Ben sampai di perkampungan atuknya di Pulau
Sedang menghirup udara segar, Ben ternampak seorang mak cik yang sedang mengail ikan di tepi tali air sawah bendang. Rupa mak cik itu sangat kekampungan. Dengan topi rotan yang bulat dan lebar, berkain batik lusuh, serta berbaju kedah—imej wanita kampung. Kata hati Ben.
Pembaca mungkin sedia maklum, bahawa tiupan angin di sawah bendang sangat nikmat. Nikmatnya sampai boleh bawak ke tidur! Sedang khusyuk menikmati angin yang sungguh sedap itu, tiba-tiba topi mengkuang yang dipakai oleh si makcik-baju-kedah tadi dengan tidak sengaja telah hinggap tepat di wajah Ben. Ben dan si-makcik-baju-kedah tadi terkaku selama 5 saat. Si Ben terkaku sebab hati tengah panas. Boleh pulak si topi makcik-baju-kedah ni mendarat atas muka aku yang sungguh suci ni? Ben mengomel sendirian.
Si-Makcik-Baju-kedah pulak dalam hati rasa nak tergelak. Pendek kata scene tadi sangat lucu. Eh, korang tak rasa macam tu ke? Kalau tak, sila abaikan.
“Err.. topi awak,
“Ya, saya punya..” senyum si-makwe-baju-kedah dengan senyuman yang sungguh memikat. Auuuww aauuwww!! Tetiba bunyi serigala menyalak di balik scene citer ni.
Hati Ben yang dahulunya hitam dan kering, tiba-tiba sahaja dihujani dengan rumput-rampai yang sungguh menyegarkan. Mungkin tak lama lagi hatinya akan muncul sebuah taman. Cewaaah!
Topi akhirnya bertukar tangan. Dan pertemuan itu tamat di tepi sawah bendang dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Si-makwe-baju-kedah berlalu pergi. Ben masih terkaku di situ.
Matanya tidak berkelip-kelip melihat keindahan ‘alam’ di kampung tersebut. Entah kenapa, Ben berasa sungguh girang di sini. Tak balik KL terus pun takpe! Hati Ben mula bunga-bunga di saat itu.
Panjang pulak kisah ni
Setibanya di rumah..
“Assalammualaikum!” Ben dengan sopan menanggalkan kasut di laman rumah. Sungguh hairan! Kalau di KL, kasutnya entah ke mana terpelanting. Tapi di kampung, ternyata Ben masih mengekalkan ciri-ciri tradisi Melayu. Sungguh banana split si Ben ni yer.
“
“Bila hang sampai..?!!” soal Tok Hashim sambil memeluk Ben lalu menepuk-nepuk belakang Ben. Ben tersedak seketika.
“Haha.. baru ja.. Tok wan sihat ka?” jelas loghat Utara masih pekat di lidah Ben.
“Alhamdulillahhh… dok lagu ni la Man oi!” Tok Hashim bukan main suka bila dapat bertemu dengan si Ben. Untuk pengetahuan pembaca, Man dan Ben adalah individu yang sama. Yang beza Cuma pada nama. Ben nama glamour di KL. Manakala Man pula adalah nama kampungan—yang digunapakai oleh sedara-mara Ben di kampung. Jelas amat kontradik di situ.
“Malam ni ada kenduri kat rumah Pak Lah.
“Bek tokwan,” senyum Ben dengan sipu-sipu.
Malamnya, seperti biasa Ben membonceng Tok Hashim ke rumah Pak Lah.
Semua mata penduduk kampung yang berkunjung ke majlis kenduri itu tertancap pada Ben. Mungkin disebabkan Ben agak kacak pada malam itu dengan berbaju Melayu. Ini menyebabkan Ben berasa sedikit terperasan. Ok abaikan. Tiba di ruang tamu..
“Sila.. sila Tok Hashim..” Pak Lah menjemput mereka duduk sebelum majlis doa selamat dijalankan.
“Haih Tok… ni sapa dia ni..?” soal Pak Lah sambil berjabat tangan dengan SI Ben.
“Ni la cucu aku yang dok kat KL nu! Haha..” jawab si Tok Hashim.
“La… ni ka Man? Isk isk. Besaq panjang dah hang noh? Dulu pakcik dok ingat masa hang kecik-kecik dulu dok beringuih* ja. Hahahahha!” pecah ketawa tetamu yang berada berhampiran dengan mereka. Tok Hashim pun tak kurang sama.
Ben hanya mampu senyum kambing.
Wajah Ben kemerah-merahan menahan malu.
Selesai majlis kenduri malam itu—mereka bersiap-siap untuk pulang.
Tiba-tiba…
Ben terpandang sesuatu di arah dapur belakang rumah Pak Lah. Sesuatu itu—seseorang yang baru dikenalinya siang tadi—Si-makwe-baju-kedah!
Tidak semena-mena jantung Ben menjadi dup-dap-dup-dap bila terpandang ke arahnya. Ya Allah! Inikah namanya cinta? Jantung Ben bertambah dup-dap kencang lagi apabila si-makwe-baju-kedah datang ke arah mereka.
“Tok Hashim, ni ada lauk lebih. Ambik la,” senyum si makwe dengan malu-malu.
“Haha.. terima kasih la noh Melati. Kirim salam kat semua. Tok balik dulu na. Jom Ben!”
Seakan-akan dihipnosis, Ben menurut sahaja kata-kata Tok Hashim dan berlalu pergi dengan menaiki motosikal.
Melati? Sedapnya nama minah ni… hati Ben mula berbunga. Setelah rumput-rampai mula membiak dengan cerdas dalam taman hati Ben, kini muncul pula bunga-bungaan sejati dalam taman tersebut. Tambahan pula kini dihatinya ada sekuntum bunga yang baru menumbuh..
Melati.
Ben tersenyum keseorangan. Ini tak boleh jadi! Esok pagi jugak aku mesti bagitahu dengan Tokwan untuk masuk meminang si Melati! Arghhhh!
Kesokkan paginya.. Ben bangun awal. Semata-mata untuk menyatakan hasrat suci murninya pada Tok Hashim.
Tok Hashim yang baru selesai bersiap-siap untuk ke kebun, terkejut melihat Ben yang mundar-mandir di laman rumah.
“Haih. Awai bangun Man..? Jom kita sarapan sekali mai..” ajak Lebai Hashim.
“Takpa tokwan, cheq ada benda nak habaq kat tokwan ni..”
“isk, kalau ya pun, mai la kita minum-minum kopi dulu, sambil cerita pa salah haih,”
“Eh.. takpa takpa Tokwan, sebenaqnya.. cheq.. errr..”
“cheq apa?”
“cheq… cheq nak menikah!”
“Hahaha! Alhamdulillah. Baguihlah! Dengan sapa cheq nak menikah?”soal Tok Hashim.
“Dengan.. dengan..err..” Ben sebenarnya agak gementar saat itu.
“Dengan Melati!” phew. Ben menarik nafas lega setelah melepaskan hajat terbuku di hati.
Tok Hashim terdiam seketika.
“Awat tokwan?” Ben gusar melihat reaksi Tok Hashim yang seakan-akn tidak gembira dengan jawapan tersebut.
“Hang toksah dok buat keja gila la Man oih!” Tok Hashim bersuara.
“Awat pulak tokwan? Salah ka cheq nak menikah? Kalau boleh, la ni* jugak cheq nak suruh tokwan pi masuk minang Melati!”rayu Ben.
“Tokwan kata tak boleh! Memang la tak salah hang nak menikah, tapi bukan dengan Melati! Hang pi cari anak dara lain la Man oih!”
“Tokwan! Awat dengan tokwan ni? Huhu. Apa kurangnya si Melati tu? Dia bek* apa?! Lawa, sopan santun, hormat
“Memang tak dak kurang. Memang Melati tu bek*
“Masalahnya apa tokwan??!!” Ben tak sabar-sabar mengetahui jawapan Tok Hashim.
“Masalahnya si Melati tu BINI ORANG!!”
AAA..PPPAAAA??!! Jeng jeng jeng!
“Kalau hang nak tau, Pak Lah tu la suami Melati! Depa baru ja menikah 3 bulan lepaih*," Tok Hashim berseloroh menjelaskan kepada Ben tentang status sebenar si-makwe-baju-kedah.
Dari jauh, sayup-sayup kedengaran suara lelaki meraung dengan nyaring di pagi yang hening itu.
TIDAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!
TAMAT.