Monday, January 12, 2015

Lorong 3.

Masuk kali ni dah dua belas kali aku pelik dengan persekitaran aku ni. Dah nama duduk kondo, sekor-sekor perangai dah macam biawak komodo aku tengok. Hilang selera aku nak menjamah rezeki depan mata. Perempuan yang aku boleh panggil makcik, pakai baju sendat macam tak cukup kain, boleh selamber cipan pelawa aku ehem-ehem dengan dia. Betul kata orang. Dunia dah nak kiamat. Aku geleng kepala tengok perangai makhluk-makhluk kat sini.

Tiba-tiba..
Aku dengar macam ada pekikan maut di belakang.

“Tak guna punya jantan! Kau memang Babi!Babiiiiiiii..!!” kelihatan sepasang kasut tumit tinggi 2 inci terbang melayang ke arah seorang lelaki yang sedang membetul-betulkan zip seluar dan butang baju dengan tergesa-gesa.

Aku tengok Sally dah macam orang gila meroyan. Aku jeling Sally. Sally membetul-betulkan rambutnya yang kusut masai. Dah macam singa jantan aku tengok rupa si Sally ni.

Sally datang menghampiri aku.

“Kau dah kenapa?” soal aku.

“Apa lagi, kes makan free lah!” ngomel Sally dengan suara yang garau.

Sally memang cantik. Punggung lentik kalah anak dara. Che Ta pun kalah. Bergetah woi! Pergh. Tapi.. itu hanya pada luaran. Hakikatnya Sally adalah seorang jantan seperti aku. Entah di mana silapnya, aku tak pasti. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Sally telah melarikan diri dari kampung sejak umurnya mencecah 15 tahun. Dia lari kerana telah dihalau oleh orang tuanya atas sebab dituduh mencuri baju dalam anak dara kampung. Ya. Memang geli hati tatkala mendengar cerita tu. Tapi hakikatnya sangat sadis. Sally memang baik, tidak pernah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan. Cuma silapnya cara hidup dan penampilannya sangat mengelirukan dari pandangan norma masyarakat.

Nyah. Mak Nyah. Lady Boy.

Itu gelaran yang sering masyarakat gelar Sally dan sahabat handainya yang turut berkecimpung dalam arena hidup songsang. Alasannya kerana duit! Pekerjaan ini sahaja yang Sally mampu lakukan demi menyara kehidupannya. Macam dah takde kerja lain kat Malaysia ni. Aku bukan tak pernah nasihatkan si Sally ni supaya balik ke pangkal jalan, dah berbuih mulut aku khutbahkan dia. Tapi langsung takde effect ke dalam jiwanya. Cukuplah aku rasa. Sebelum aku koma akibat sawan, baik aku diam. Hati pun tak sakit. Air liur tak bazir. Namun, sebagai kawan, aku hanya mampu mendoakan agar Sally mendapat hidayah untuk berubah. Insha Allah.

Itu tentang Sally.

Tentang aku?

Hmm... Tak begitu banyak yang boleh aku kisahkan tentang diri aku. Nak kata aku handsome macam Zill, tak jugak. Memang aku kalah dengan dia. Tapi, yang aku tahu, aku manis ada! Masyarakat takkan faham tentang semua ini. Takpelah. Cukuplah aku sorang je yang perasan. Itu dah memadai bagi aku.

Dah 32 tahun. Aku masih lagi keseorangan. Takde makwe. Single. Dan aku kepingin sekali nak ada seorang makwe yang boleh temankan aku dikala aku kesepian. Berjalan-jalan. Tengok wayang, makan popcorn berkongsi. Minum coke bertukar-tukar straw. Hmmmm.. aku berangan lagi nampaknya. Ternyata itu semua adalah mimpi.

Bercerita tentang makwe.. sadis aku dibuatnya. Bukan aku tak pernah ada makwe sebelum ni. Ada tu ada, Cuma jodoh tak kesampaian. Sesungguhnya hubungan yang tidak mendapat restu dari orang tua amat memilukan hati kedua pihak. Cewah! Skema pulak ayat aku.

Biarlah. Biarlah. Aku.. tak mahu lagi kembali pada kenangan itu. Cukuplah sekali aku dikecewakan. (RUJUK KISAH semalu part 3)

Bukan tak seronok jadi single. Takde ikatan. Bebas. Kau boleh buat apa yang kau suka. Takde orang nak cemburu, takde orang nak marahkan kau buat itu dan ini. Dan yang paling penting, takde orang yang nak sakit hati dengan perangai hodoh kau. Apa jadi pun kau tanggung sorang-sorang. Takde menyusahkan hidup orang lain.

Tapi.. rasa sayu tu kadang-kadang meresap masuk ke celah-celah ruang hati aku yang kesepian.

 Sepi.

Memang aku sepi. Tapi sengaja aku buat-buat bodoh tak tahu dan berpura-pura yang aku ni seorang yang ceria dan takde masalah. Di depan manusia, aku senyum. Aku ketawa. Aku ramah. Dan aku seperti manusia normal yang tiada masalah. Tetapi disebalik topeng-topeng keriangan itu, terselit wajah-wajah yang amat suram dan kelam.

Bahagia hanya akan muncul jika ada dua hati yang saling menyatu antara satu dengan yang lain. Bila dah menyatu, maka akan muncul satu aura magis yang mana kau tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah dan segalanya. Ini yang parah. Kau settle lah sendiri nanti. Sendiri cari penyakit sapa suruh. Puih!

Ahh.

Peduli apa aku dengan semua tu. Sekarang aku dah kembali single. Hidup perlu diteruskan. Dan adakalanya aku menyetan kembali seperti zaman jahiliah aku dahulukala. Nafsu aku Cuma satu. Yang mana paham sila. Yang tak paham sudah.

Aku tengok mee goreng di depan mata. Tadi mulanya beriya-iya perut rasa lapar mintak diisi. Tapi selepas dipelawa untuk berehem-ehem oleh makcik gatal, terus rasa tak lapar. Malam kian suram dan sepi. Makanya rokok lah santapan aku malam ni.




Friday, May 11, 2012

Kisah Daun Semalu (Part 2)


PART 2

Karim mengelip-ngelipkan kelopak mata memandang Aminah yang terbaring di ruang tamu rumah. Anak matanya kini beralih pula ke arah seorang mamat yang pernah dilihatnya sebelum ini.
Huh? Tidak syak lagi. Memang itulah mamat yang pernah memberi amaran keras kepadanya suatu ketika dahulu. Amaran keras supaya menjauhkan diri dari Aminah-- Makwe yang satu-satunya dicintai.

Ceh! Kuang hajor punya manusia. Jadi manusia tak nak, jadi ‘binatang’ jugak yang kau nak. Nasib baik aku sempat datang. Kalau taaakkkk?! Nahas awek aku dikerjakan dengan mangkok-mangkok hayun ni. Yang pompuan pun sama. Tak sangka manusia dua alam rupanya!!

“Woih! Korang buat keje gila apa ni hah?! Dah lama korang buat keje giler ni?!” Karim memekik dari luar pintu rumah. Kotak hadiah ditangannya dihempas kuat ke lantai. Wah! Marah betul nampak gaya si Karim ni ye.

Semua tetamu di situ --seorang lelaki dan dua orang wanita yang kelihatannya terkaku dengan pekikan maut dari Karim. Mereka hanya terdiam dengan reaksi si Karim. Seperti tugu peringatan adanya.

Tanpa berlengah lagi, Karim terus menerjah ke dalam rumah. Fokusnya kini hanya pada si-mamat-parot-tepi-hidong tersebut. Sudah lama penumbuknya ini tidak digunakan. Maka hari inilah hari yang dinanti-nantikan selama ini! Kata Karim di dalam hatinya. Kini hatinya sudah berapi-api. Marak dan penuh kegilaan. Pili air abang bomba pun belum cukup untuk memadamkan api kemarahan di hatinya itu. Pergh!

Karim terus menghadiahkan penumbuk sulung tepat ke wajah mamat-parot-tepi-hidong. Malang sungguh tidak berbau. Ternyata si-mamat-parot-tepi-hidong lebih handal mengelak. Karim akhirnya terjelepok di atas sofa berhadapannya. Wajahnya yang macho itu terhenyak kukuh di atas sofa yang empuk itu.

Semua insan yang berada di situ hanya mampu ketawa sinis dengan reaksi si Karim. Barangkali Karim sedang membuat prektis bagi memasuki pertandingan Raja Lawak musim ini.

Tak guna! Hiarghkkkkkk! Karim membuat percubaan yang kedua kali.
Belum sempat Karim menghabiskan aksi tersebut, kedengaran suara yang kuat di antara mereka.

“Sudaaahhhhhh!!!!!! Cukup!!! Cukuppppp!!”
Nampaknya Aminah sudah terjaga dari pengsan yang singkat.

Semua mata tertancap ke arah Aminah yang rupanya kusut masai seperti Kak Limah.

Bunyi cangkerik bersahut-sahutan buat kali yang kedua.

“You! You buat apa kat sini?!!” soal Aminah kepada Karim yang kelihatan selebeh.
“I datang nak buat seprais untuk you sayang! Rini kan besday you?!!!” kelihatan manik-manik kaca mula bertakung di kolam mata Karim. Jangan disangka lelaki macho tidak sensitif. Walaupun rupa Karim agak ganas, tetap hatinya tetap bunga-bunga cinta.

“Habis tu, kenapa you dah tak layan I macam dulu? Kenapa you diamkan diri je bila I PM u kat yahuu? Mesej pun jauh sekali! I benci you! Bencikk! Bencik!!” Aminah menampar-nampar dada Karim seperti gaya pelakon wanita di televisyen.

“I mintak maaffff sayaannggg!! I lakukan semua ni kerana I cintakan you!! I nak buat seprais kat u hari ini bagi membuktikan yang I betul-betul nakkan you!! Buktinyaaa..errr..” Karim mencari-cari kotak hadiah yang dibawanya tadi. Balutan kotak tersebut sudah terburai akibat hempukan ganas yang dilakukannya sebentar tadi.

Karim segera mencapai kota tersebut lalu mengeluarkan sebentuk cincin di dalam kotak itu.

“Inilah buktinya cinta I pada you Aminahh!! Sudikah you menjadi suri di hati I sayang?” Karim mula mengeluarkan kata-kata romantis. Sungguh tak disangka Karim begitu romantik dan memiliki ayat yang begitu power dan boombastik dalam percintaan sebenarnya. Patutlah Aminah tergila-gilakan Karim selama ini. Pijak semut pun tak mampus nih. No wonder!

Aminah pula seperti terkejut dan tidak menyangka langsung bahawa Karim membuat seprais tersebut di hari jadinya. Ohh myyyyy…..!!! Aminah menekup mulutnya yang ternganga itu dengan kedua-dua belah tapak tangannya dari dihinggap oleh lalat.

Mulalah kedengaran muzik background yang penuh romantis di ketika itu….. Karim dan Aminah seperti ingin menari-nari di ruang tamu itu. Tapi macam over pulak kan nanti.

Tiba-tiba…

“Woiii!!!”
Pekikan tersebut akhirnya menghentikan segala aksi di situ.

Suara tersebut sebenarnya milik mamat-parot-tepi-hidong tadi.
“Apa kejadahnya semua ni hahhh!!?” mamat itu begitu marah dan meluat menyaksikan babak-babak romantis antara Karim dan Aminah sebentar tadi.

“Woi brader! Lu pehal hah? Dah la kidnap awek gua, pastuh nak buat gangster plak kat sini! Lu jeles ke apa Aminah makwe gua? Dah la parot tepi hidong, tak sedor diri punya orang tua! Ptuihhhh!!!”

Karim menghamburkan kata-kata yang sangat keji terhadap mamat-parot-tepi hidong.
Ternyata kata-kata hinaan itu amat menyakitkan dan mendarahkan telinga sesiapa sahaja yang memiliki parut di wajah.

Sungguh kejam!

Abang! Yang abang plak buat apa kat sini?!” soal Aminah dengan kehairanan.

Abang..?” Karim mula berasa goyah dengan pertanyaan dari Aminah.

“Sape mamat ni Aminah?!! Sape?!! Cuba you cakap dengan i!!” sesungguhnya Karim tidak dapat menerima hakikat bahawa Aminah mengenali lelaki ini. Kalau nak kenal pun, kenal la dengan yang hensem skit dari aku ke, dari yang berparut macam ni. Ya Allaaahhhh!!

“Sayang… sebenarnyaaaa…. Itu.. itu abang kandung I, abang Jufri….” Aminah tertunduk.

“Yang kau pulak Aminah, kau dah hilang ingatan ke apa sampai rumah kau sendiri pun dah tak kenal? Aku pun sebenarnya nak buat seprais jugak kat kau memandangkan hari ni besday kau. So aku suruh kawan kau ni gi ikut kau sampai kat bus stand. Kononnya nak buat macam ala-ala dikidnap. Tapi hampeh! Si Karim muka kawah ni pun ada sama!! Wadahek?? Bukan ke kau kata si Karim ni dah tak layan kau lagi? Itu yang aku hangin tak bagi si Karim ni dekat ngan kau!”

Barulah Aminah teringat. Rupanya ini adalah rumahnya sendiri. Patutlah macam kenal je.

Hampeh!! Aminah dan Karim sama-sama memengsankan diri mereka di ruang tamu itu kerana malu yang teramat sangat!

KISAH TAMAT DI SITU SAHAJA.











  

Kisah Daun Semalu. (PART 1)


PART 1

Kali ni Aminah dah nekad. Dia dah tak nak ambik peduli lagi tentang Karim. Baginya, Karim sudah tiada dalam senarai masa depannya. Mungkin dulu dia pernah meletakkan Karim sebagai list pertama dalam hidup yakni untuk hidup semati bersama-sama. Tapi sekarang itu semua sudah hancor ibarat papadom yang dikunyah-kunyah sehingga lumat. Semua itu terjadi semenjak Karim mula menjauhkan diri dari si Aminah.

Aminah memikirkan sebab musabab Karim menjauhkan diri darinya sehinggakan migraine datang menyerang Aminah berulang-kali. Sekali dua boleh ditahan. Tapi bila sudah berkali-kali, itu melampau. Cukuplah, kata Aminah. Kali ini dia tak akan berkompromi lagi. Buat Karim, selamat tinggal. Kau bukan lagi future-hubby aku. Aminah bertegas.

Tapi rasa tak puas hati kenapa Karim buat begitu masih ada. Aminah merasakan dia tidak pernah menyakiti perasaan Karim. Yang paling buat Aminah geram bila si Karim diam seribu bahasa tiap kali online di yahuu. Geram betul. Habis semua emoticon Aminah pakai. Reaksi Si Karim tetap sama. Tiada tindakbalas. Macam dah takde perasaan. Kosong. Tiada lagi kemesraan, kemanjaan dan kenottyan seperti dahulu kala. Aminah sedih yang amat. Hatinya dah terkoyak. Hairan. Kenapa Karim macam endah tak endah dan buat-buat dingin dengannya tiap kali Aminah inginkan belaian kaseh sayang dari Karim. Bila teringat reaksi si Karim, Aminah akan menangis, menangis dan menangis sepuas-puasnya. Sehinggalah matanya menjadi lebam seperti seekor panda yang comel. Dan tak siapa yang tahu kelukaan itu…


“Woi..!” nyaring suara kedengaran dari arah belakang. Karim yang baru sahaja keluar dari toilet agak terkejut. Mujurlah dia sempat melabur dalam ‘bank’ sebentar tadi. Kalau tidak, nahaslah seluar jeans bundle yang baru dibelinya malam tadi.
“Kau ke Karim?”
“Yer, gua Karim. Lu sape?” soal Karim dengan cool. Karim cool masa tu sebab dia kat tempat awam. Kebetulan berhampiran pula dengan sebuah pondok polis.
“Aku..? Tak payahlah kau nak tahu sangat nama aku. Dengar sini bebaik. Aku nak kau jauhkan diri kau dari Aminah. Kau faham tak?!” ujar mamat parut-tepi-hidong sambil mengepal-ngepal penumbuknya.
“Kenapa pulak?!” soal Karim dengan selamber cipan dan penuh blur.
“Lagi mau tanya! Kalau kau rasa nak hidup lama, jauhkan diri kau dari Aminah!?” mamat parut-tepi-hidong berlalu pergi dengan menghadiahkan sebuah jelingan maut pada Karim.

Karim masih lagi terkaku di bahu jalan. Drama apa ni? Sungguh Karim tak paham. Macam mana pulak si mamat-parut-tepi-hidong tu tahu yang gua dengan Aminah ada affair? Karim garu-garu celah kangkang yang tidak gatal. Ni mesti kes jeles ni. Teka Karim. Peduli apa gua? Gila ke apa gua nak lepas AMinah macam tu je? Gua dah tangkap cintan tahap dewa sama Aminah. Tetiba suruh lepaskan Aminah. Gila ka weih?!

Sungguh tak rasional tindakan mamat-parut-tepi-idong tadi. Mesti mamat tadi dah salah orang. Sebenarnya dia nak warning orang lain. Tapi ter warning gua. Kebetulan Aminah adalah watak makwe dalam citer ni. Jelas ada unsur kekaburan di situ. Karim menggelengkan kepala dan berlalu pergi tanpa rasa was-was. Dia berasa gembira dengan andaian yang dibuat sebentar tadi.

……


Tiba-tiba perut Aminah bergetar lalu memberi signal lapar dan dia perlu makan dengan kadar segera. Di suatu corner jalan, Aminah ternampak sorang makcik sedang rancak menggoreng di sebuah gerai kecil. Aminah mendekati gerai mak cik tersebut untuk melihat makanan yang dijual.

Apabila didekati, Aminah melihat ada karipap panas, popia goreng, nasik lemak dan macam-macam lagi. Sedapnya! Terliur seketika. Tetapi Aminah akhirnya membeli karipap panas sahaja dan berlalu pergi. Sambil mengunyah karipap sardin yang sungguh sedap itu, Aminah tersedak kerana terlalu gelojoh menyumbat ke dalam mulut. Air pulak takde. Lupa nak beli. Aminah terduduk di atas kerusi perhentian bas sambil mengurut-ngurut dadanya. Keadaan Aminah sungguh kritikal ketika itu.

Dari tepi, ada sepasang tangan menghulurkan sebotol air mineral kepada Aminah. Tanpa menoleh dan banyak cakap, Aminah terus mencapai botol mineral tersebut dan meneguk dengan sepuas-puasnya. Ahhhhhhh! Aminah lega sambil menjilat-jilat titisan air di segenap muncung botol.

“Terima kasih,” kata Aminah sambil mengelap bibir yang basah.
“Sama-sama,” jawab pemilik sepasang tangan itu.
Aminah menoleh ke arahnya.
Tiba-tiba Aminah merasakan dunianya gelap.. dan gulita…
…..


Aminah menggosok-gosok kelopak mata. Kepalanya pening. Sambil mengurut-ngurut dahi, dia melihat keadaan sekeliling. Dia kini berada di sebuah bilik yang kosong tanpa perabot.
“Aku kat mana ni..? Arghh..” Aminah masih pening-pening lalat.
Sedaya upaya Aminah cuba bangun. Tiba-tiba Aminah terpikirkan tentang sesuatu.
Apakah… dia telah dikidnap?

OH EMM GEEEE!!

Wajah Aminah serta merta pucat macam mayat. Saat terakhir yang sempat diingat bila dia tersedak dan ada orang kasi air untuk diminum. Lepas tu dia dah tak ingat apa-apa lagi dah. Damn! Menyesal aku minum air tadi! Aminah menyesal. Sesungguhnya sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Semuanya sudah terlambat. Kini Aminah sudahpun dikidnap dengan jayanya.

Tanpa berlengah, Aminah terus bergegas ke pintu. Dengan kuasa bulan, Aminah memulas tombol pintu sehingga dia terpelanting ke arah dinding. Aminah mengaduh kesakitan. Ooohh. Rupanya pintu tidak berkunci. Sia-sia guna kuasa bulan bagai!

Aminah musykil. Kalaulah dia benar-benar dikidnap, kenapa pintu tak dikunci? Dan lagi menghairankan dia tidak diikat. Malah dia dapat merasa yang dia masih lagi belum dinoda. Bukan ke dalam citer kat tv selalunya heroin diikat dengan kejam, dan pintu mestilah dikunci. Dengan itu heroin tak dapat lari maka hero akan datang untuk membantu. Ini tidak. Semuanya dalam keadaan yang baik.

Aminah menjenguk ke luar pintu. Kosong. Takde sekor manusia mahupun jin afrit yang berkeliaran di luar sana. Dengan penuh berhati-hati, Aminah terkedek-kedek ke tingkat bawah. Kasut tumit tinggi 2 inci setengah di stenbai sebagai senjata. Jika perlu, dia tidak akan teragak-agak untuk melibas sekuat hati kasut tersebut ke alat sulit penculik. Biar ko mandul seumur hidup! Aminah menyumpah ranah dalam hati.

Kini Aminah sudah sampai di ruang bawah. Macam… penah tengok je tempat ni. Tapi kat mana yek? Aminah hairan. Tiba-tiba.

POM!! POM!! POM!!
SEPRAISSSSSSSSSSS!!!!!!! WWUHOOOOOOOOOOO!!!

Aminah yang mulanya tadi sedar kini telah pengsan semula. Keadaan menjadi sunyi sepi seketika dan semua orang yang sedang melihat reaksi Aminah yang pengsan dengan ayu di permaidani ruang tamu. Beberapa orang yang ada di situ hanya mengelip-ngelipkan kelopak mata.

Kedengaran bunyi cangkerik di segenap ruang.

“Err.. korang tak rasa ke kita punya plan ni terlampau fanatic sangat..?” soal mamat-parot-tepi –idong.

Di pintu rumah, kelihatan si Karim muncul dengan membawa sebuah kotak hadiah di tangannya. Matanya membulat sambil memandang ke arah Aminah dan tetamu undangan yang lain.




*bersambung.. 

Friday, December 23, 2011

tak sama.

Setiap hari akan jumpa manusia yang sifat sama.


Tapi..


kali ni aku terjumpa manusia yang sifatnya lain dari yang lain.


Dan....


kenapa aku tiba-tiba jadi resah?


Tolonglah jangan lembut sangat wahai hati!

Tuesday, December 20, 2011

Cermin.

Seperti kebiasaan, aku akan diajukan dengan persoalan hidup yang sangat membunuh. Dan aku seringkali menjadi bingung dengan persoalan tersebut.

Lalu aku menganggap semua ini adalah suatu pengalaman baru yang patut aku pelajari dan dicatit dalam memo pad 555 aku.

"Setiap hari kau akan bertemu dengan manusia yang sangat klishe sifatnya...."

Disebabkan itu, aku ingin sekali..

Bertemu dengan manusia yang mampu menerobos dinding klishe itu. Bukan terjah ala-ala abang rambut ketak ataupun ala-ala Bolos-baju-ketat di kaca tivi tu.

argh! Aku benci!


.

Monday, December 19, 2011

Sinar hampir tiba.

Hidup agak ceria semenjak dua tiga menjak ini. Nak menaip pun rasanya makan dalam berpuluh-puluh muka surat jugak kot?

Apapun, syukur alhamdulillah. Semuanya dah kembali normal dan seperti sedia kala.

2012 tak lama lagi nak tiba. Tak sabar! =)