Friday, December 23, 2011

tak sama.

Setiap hari akan jumpa manusia yang sifat sama.


Tapi..


kali ni aku terjumpa manusia yang sifatnya lain dari yang lain.


Dan....


kenapa aku tiba-tiba jadi resah?


Tolonglah jangan lembut sangat wahai hati!

Tuesday, December 20, 2011

Cermin.

Seperti kebiasaan, aku akan diajukan dengan persoalan hidup yang sangat membunuh. Dan aku seringkali menjadi bingung dengan persoalan tersebut.

Lalu aku menganggap semua ini adalah suatu pengalaman baru yang patut aku pelajari dan dicatit dalam memo pad 555 aku.

"Setiap hari kau akan bertemu dengan manusia yang sangat klishe sifatnya...."

Disebabkan itu, aku ingin sekali..

Bertemu dengan manusia yang mampu menerobos dinding klishe itu. Bukan terjah ala-ala abang rambut ketak ataupun ala-ala Bolos-baju-ketat di kaca tivi tu.

argh! Aku benci!


.

Monday, December 19, 2011

Sinar hampir tiba.

Hidup agak ceria semenjak dua tiga menjak ini. Nak menaip pun rasanya makan dalam berpuluh-puluh muka surat jugak kot?

Apapun, syukur alhamdulillah. Semuanya dah kembali normal dan seperti sedia kala.

2012 tak lama lagi nak tiba. Tak sabar! =)

Sunday, September 18, 2011

Ceria dalam kehibaan.


Ada satu kisah di mana seorang pemuda yang bernama Ben bakal menjengah ke angka 29 tahun tidak lama lagi. Untuk pengetahuan pembaca, Ben baru sahaja putus tunang. Kenapa? Mengapa? Bila? dan bagaimana ia terjadi, tak perlulah ditanya atau diceritakan. Ben mengambil langkah untuk mendiamkan diri dari pertanyaan rakan-rakan ofis dan ahli keluarganya yang lain kerana itu lebih baik. Supaya hatinya lebih tenteram. Ben merasakan adakalanya kenangan pahit perlu dibuang begitu sahaja jauh-jauh. Usah disimpan terlalu lama kerana ia hanya akan melukakan hati yang sudah sedia terhiris. Sungguh frust nampak gaya si Ben ni yer.


Bila dah single, Ben merasakan dirinya bebas seperti burung-burung yang berterbangan di awan biru. Ayat ini mungkin agak klishe. Tapi tidak pada Ben kerana dia menganggap itu real dan betul-betul diyakini. Tiada paksaan, tiada pembohongan, tiada kepura-puraan, tiada kepalsuan dan yang paling penting tiada kecurangan. Hidupnya mungkin lebih aman tanpa kehadiran cinta di hati…

Suatu hari, Ben mengambil keputusan untuk pulang ke kampung atuknya di Pulau Pinang. Kl akan ditinggalkannya untuk seketika. Plan ini digubal oleh Ben sendiri yang mahukan supaya dia dapat menenangkan fikiran dan melupakan segala kepahitan yang terjadi sebelum ini. Itu hasrat Ben yang satu. Dia juga berazam supaya tidak akan jatuh cinta lagi. Dia sudah serik dan penat untuk bercinta lagi. Wah. Bukan main bersungguh lagi Ben untuk tidak jatuh cinta lagi dalam hidup. Bagi Ben, cinta dalam hatinya sudah menjadi hitam dan kering!


Seperti yang dirancang, tiba hari untuk Ben melangkah pergi ke sebelah utara tanah air. Selamat Tinggal KL! Kata hati kecil Ben dengan pasrah. Disebabkan Ben memiliki kedudukan yang agak bagus di syarikat, maka Ben dapat bercuti lebih lama. Memandangkan Ben juga jarang-jarang untuk memohon cuti sepanjang bekerja di syarikat itu. Rony selaku boss Ben memahami jiwa Ben yang inginkan ketenangan setelah putus tunang dengan kekasih hati pengarang jantungnya seminggu yang lepas. Maka cuti Ben akhirnya diluluskan tanpa was-was.


Lebih kurang 3 jam Ben sampai di perkampungan atuknya di Pulau Pinang. Ben memarkirkan keretanya betul-betul di tepi sawah bendang. Jiwanya terusik dan benar-benar tenteram bila menyaksikan hamparan padi yang sedang menguning dan ranum untuk dituai tidak lama lagi. Serta-merta fikiran dan hatinya pada KL terus hilang! Betapa ajaibnya kuasa sawah padi tersebut.

Sedang menghirup udara segar, Ben ternampak seorang mak cik yang sedang mengail ikan di tepi tali air sawah bendang. Rupa mak cik itu sangat kekampungan. Dengan topi rotan yang bulat dan lebar, berkain batik lusuh, serta berbaju kedah—imej wanita kampung. Kata hati Ben.

Pembaca mungkin sedia maklum, bahawa tiupan angin di sawah bendang sangat nikmat. Nikmatnya sampai boleh bawak ke tidur! Sedang khusyuk menikmati angin yang sungguh sedap itu, tiba-tiba topi mengkuang yang dipakai oleh si makcik-baju-kedah tadi dengan tidak sengaja telah hinggap tepat di wajah Ben. Ben dan si-makcik-baju-kedah tadi terkaku selama 5 saat. Si Ben terkaku sebab hati tengah panas. Boleh pulak si topi makcik-baju-kedah ni mendarat atas muka aku yang sungguh suci ni? Ben mengomel sendirian.


Si-Makcik-Baju-kedah pulak dalam hati rasa nak tergelak. Pendek kata scene tadi sangat lucu. Eh, korang tak rasa macam tu ke? Kalau tak, sila abaikan. Okay, berbalik pada cerita ni semula. Ben terus ambil topi mengkuang tu dan berjalan ke arah si-makcik-baju-kedah ni tadi untuk pulangkan balik topi. Bila Ben semakin hampir dan dekat dengan si makcik-baju-kedah tadi, tiba-tiba Ben berasa pelik. Kenapa si makcik-baju-kedah ni muda semacam aku tengok? Ni bukan makcik weih! Ini makwe walawehh!! Kata hati Ben dalam-dalam. Ternyatalah ramalan awal Ben tadi sungguh palsu dan tidak benar. Dia sangkakan yang tengah mengail ikan baek punya tadi adalah seorang makcik, tetapi rupanya seorang makwe yang sungguh manis dan cun. Walaupun dengan baju kedah dan… topi mengkuang yang hinggap ke mukanya tadi. Dalam tak sedar, Ben meramas topi mengkuang tadi hingga naik lunyai sambil diperatikan oleh si-makwe-baju kedah. Ok. Sudah tukargelaran.

“Err.. topi awak, kan..?” si Ben buat-buat tanya padahal dalam hati memang dah tahu si empunya topi tu.

“Ya, saya punya..” senyum si-makwe-baju-kedah dengan senyuman yang sungguh memikat. Auuuww aauuwww!! Tetiba bunyi serigala menyalak di balik scene citer ni.


Hati Ben yang dahulunya hitam dan kering, tiba-tiba sahaja dihujani dengan rumput-rampai yang sungguh menyegarkan. Mungkin tak lama lagi hatinya akan muncul sebuah taman. Cewaaah!


Topi akhirnya bertukar tangan. Dan pertemuan itu tamat di tepi sawah bendang dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Si-makwe-baju-kedah berlalu pergi. Ben masih terkaku di situ.


Matanya tidak berkelip-kelip melihat keindahan ‘alam’ di kampung tersebut. Entah kenapa, Ben berasa sungguh girang di sini. Tak balik KL terus pun takpe! Hati Ben mula bunga-bunga di saat itu.


Panjang pulak kisah ni kan..? Dipendekkan cerita, Ben sampai di rumah atuknya—Lebai Hashim atauorang kampung panggil Tok Hashim.


Setibanya di rumah..


“Assalammualaikum!” Ben dengan sopan menanggalkan kasut di laman rumah. Sungguh hairan! Kalau di KL, kasutnya entah ke mana terpelanting. Tapi di kampung, ternyata Ben masih mengekalkan ciri-ciri tradisi Melayu. Sungguh banana split si Ben ni yer.

Waalaikumusalam..” muncul seorang warga emas berusia lewat 70-an di muka pintu. Masih gagah dan ada sinar keimanan yang terpancar di wajah itu.


“Bila hang sampai..?!!” soal Tok Hashim sambil memeluk Ben lalu menepuk-nepuk belakang Ben. Ben tersedak seketika.


“Haha.. baru ja.. Tok wan sihat ka?” jelas loghat Utara masih pekat di lidah Ben.


“Alhamdulillahhh… dok lagu ni la Man oi!” Tok Hashim bukan main suka bila dapat bertemu dengan si Ben. Untuk pengetahuan pembaca, Man dan Ben adalah individu yang sama. Yang beza Cuma pada nama. Ben nama glamour di KL. Manakala Man pula adalah nama kampungan—yang digunapakai oleh sedara-mara Ben di kampung. Jelas amat kontradik di situ.

“Malam ni ada kenduri kat rumah Pak Lah. Nanti boleh la kita pi skali na..” soal Tok Hashim.

“Bek tokwan,” senyum Ben dengan sipu-sipu.

Malamnya, seperti biasa Ben membonceng Tok Hashim ke rumah Pak Lah.


Semua mata penduduk kampung yang berkunjung ke majlis kenduri itu tertancap pada Ben. Mungkin disebabkan Ben agak kacak pada malam itu dengan berbaju Melayu. Ini menyebabkan Ben berasa sedikit terperasan. Ok abaikan. Tiba di ruang tamu..


“Sila.. sila Tok Hashim..” Pak Lah menjemput mereka duduk sebelum majlis doa selamat dijalankan.


“Haih Tok… ni sapa dia ni..?” soal Pak Lah sambil berjabat tangan dengan SI Ben.


“Ni la cucu aku yang dok kat KL nu! Haha..” jawab si Tok Hashim.


“La… ni ka Man? Isk isk. Besaq panjang dah hang noh? Dulu pakcik dok ingat masa hang kecik-kecik dulu dok beringuih* ja. Hahahahha!” pecah ketawa tetamu yang berada berhampiran dengan mereka. Tok Hashim pun tak kurang sama.

Ben hanya mampu senyum kambing. Alamak. Malu plak aku. Camna la Pak Lah ni leh ingat plak time aku kecik-kecik dulu? Argh!

Wajah Ben kemerah-merahan menahan malu.

Selesai majlis kenduri malam itu—mereka bersiap-siap untuk pulang.

Tiba-tiba…

Ben terpandang sesuatu di arah dapur belakang rumah Pak Lah. Sesuatu itu—seseorang yang baru dikenalinya siang tadi—Si-makwe-baju-kedah!


Tidak semena-mena jantung Ben menjadi dup-dap-dup-dap bila terpandang ke arahnya. Ya Allah! Inikah namanya cinta? Jantung Ben bertambah dup-dap kencang lagi apabila si-makwe-baju-kedah datang ke arah mereka.


“Tok Hashim, ni ada lauk lebih. Ambik la,” senyum si makwe dengan malu-malu.


“Haha.. terima kasih la noh Melati. Kirim salam kat semua. Tok balik dulu na. Jom Ben!”


Seakan-akan dihipnosis, Ben menurut sahaja kata-kata Tok Hashim dan berlalu pergi dengan menaiki motosikal.


Melati? Sedapnya nama minah ni… hati Ben mula berbunga. Setelah rumput-rampai mula membiak dengan cerdas dalam taman hati Ben, kini muncul pula bunga-bungaan sejati dalam taman tersebut. Tambahan pula kini dihatinya ada sekuntum bunga yang baru menumbuh..


Melati.


Ben tersenyum keseorangan. Ini tak boleh jadi! Esok pagi jugak aku mesti bagitahu dengan Tokwan untuk masuk meminang si Melati! Arghhhh! Nampaknya si Ben dah tak dapat menahan lagi perasaannya. Keinginan batin mula memuncak-muncak di saat itu.


Kesokkan paginya.. Ben bangun awal. Semata-mata untuk menyatakan hasrat suci murninya pada Tok Hashim. Benda elok usah ditangguh-tangguh katanya. Ben terpacak di depan pintu rumah dengan wajah yang sungguh gembira.


Tok Hashim yang baru selesai bersiap-siap untuk ke kebun, terkejut melihat Ben yang mundar-mandir di laman rumah.

“Haih. Awai bangun Man..? Jom kita sarapan sekali mai..” ajak Lebai Hashim.

“Takpa tokwan, cheq ada benda nak habaq kat tokwan ni..”

“isk, kalau ya pun, mai la kita minum-minum kopi dulu, sambil cerita pa salah haih,”

“Eh.. takpa takpa Tokwan, sebenaqnya.. cheq.. errr..”

“cheq apa?”

“cheq… cheq nak menikah!”

“Hahaha! Alhamdulillah. Baguihlah! Dengan sapa cheq nak menikah?”soal Tok Hashim.

“Dengan.. dengan..err..” Ben sebenarnya agak gementar saat itu.

“Dengan Melati!” phew. Ben menarik nafas lega setelah melepaskan hajat terbuku di hati.

Tok Hashim terdiam seketika.

“Awat tokwan?” Ben gusar melihat reaksi Tok Hashim yang seakan-akn tidak gembira dengan jawapan tersebut.

“Hang toksah dok buat keja gila la Man oih!” Tok Hashim bersuara.

“Awat pulak tokwan? Salah ka cheq nak menikah? Kalau boleh, la ni* jugak cheq nak suruh tokwan pi masuk minang Melati!”rayu Ben.

“Tokwan kata tak boleh! Memang la tak salah hang nak menikah, tapi bukan dengan Melati! Hang pi cari anak dara lain la Man oih!”

“Tokwan! Awat dengan tokwan ni? Huhu. Apa kurangnya si Melati tu? Dia bek* apa?! Lawa, sopan santun, hormat orang tua, semua cukup!”

“Memang tak dak kurang. Memang Melati tu bek* orangnya. Masalahnya sekarang ni…”

“Masalahnya apa tokwan??!!” Ben tak sabar-sabar mengetahui jawapan Tok Hashim.

“Masalahnya si Melati tu BINI ORANG!!”


AAA..PPPAAAA??!! Jeng jeng jeng!


“Kalau hang nak tau, Pak Lah tu la suami Melati! Depa baru ja menikah 3 bulan lepaih*," Tok Hashim berseloroh menjelaskan kepada Ben tentang status sebenar si-makwe-baju-kedah.


Dari jauh, sayup-sayup kedengaran suara lelaki meraung dengan nyaring di pagi yang hening itu.


TIDAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!


TAMAT.


Friday, September 2, 2011

Dunia sebiji guli



Selesai sahaja mengemas rumah, Dia berehat-rehat dan mengambil angin di lobi untuk merehatkan diri seketika. Tiba-tiba..


Dia terlalu rindu. Rindu pada seseorang yang sudah lama dia tidak temui. Pertemuan itu hanya sekali. Dan mungkin yang terakhir..


Setahun sudah berlalu. Tiba-tiba sahaja dia terkenangkan pada encik-tanpa-nama. Ah. Dah mula. Dia mula mengingati kenapa dia sering memangil encik-tanpa-nama dengan gelaran itu. Bukan kerana apa, tetapi ada kisah di sebaliknya. Nanti akan diberitahu.


Kini fikirannya terkenang pula pada saat pertemuan dia dan encik-tanpa-nama buat kali pertama. Pertemuan yang tidak disengajakan di sebuah restoran makanan segera di bulan Ramadhan. Meja makan ketika itu semuanya penuh. Dan sehinggalah si dia ternampak suatu meja yang kosong 1 tempat duduknya, manakala satunya telah diduduki oleh seorang pemuda, berambut keperangan, dan wajahnya sedikit campur. Mungkin ada sedikit campuran dari negara sejuk. Hatinya cuba membuat andaian.


Matanya meliar mencari tempat kosong yang lain untuk duduk. Waktu berbuka pun sudah hampir. Tiba-tiba pemuda yang di ushar-ushar tadi datang menyapanya.


“Kalau tak keberatan, cik boleh duduk semeja dengan saya..” pemuda itu mempelawanya dengan senyuman yang mencairkan. Sungguh cair senyuman itu seperti susu cair. Dia tidak terkata apa pada mulanya. Tetapi memikirkan waktu berbuka yang makin hampir, dia menerima pelawaan itu dengan malu di hati. Ini kali pertama ada lelaki yang begitu gentleman mempelawanya duduk semeja. Kacak pulak tu! Bukan perempuan namanya jika hati tak tertawan. Oh! Tolong jangan katakan ini semua adalah mimpi! Dia bermonolog dalam hati.


Dengan perlahan-lahan dan malu-malu, dia melabuhkan diri di tempat duduk berhadapan dengan pemuda itu. Entah kenapa hatinya berdebar-debar. Mungkin kerana segan. Tambahan pula dia cuma seorang minah yang boleh dikatakan sangat tipikal. Dengan baju kurungnya, dengan seliparnya dan… begitu.. sememeh sekali. Gerutu hatinya sendirian.


Dia hanya mampu tersenyum malu-malu persis kucing comel.



Baiklah. Dipendekkan cerita.


Cerita di restoran makanan segera tamat di situ sahaja. Tiada perbualan yang mesra, tiada pertukaran nombor telefon dan yang paling tiada ─ pertukaran nama. Inilah yang memunculkan gelaran encik-tanpa-nama.


Sungguh dia rindu untuk bertemu dengan pemuda itu lagi!


Tapi…


Tak mungkin dia dapat bertemu lagi dengan encik-tanpa-nama. Kemungkinan besar encik-tanpa-nama sudah bernikah/balik oversea/pindah daerah etc.


Hampa.


…..


Malam harinya, dia ke restoran makanan segera yang sama untuk membeli makanan. Perut sudah mula berdangdut. Inilah tempat yang menyediakan makanan dengan segera tanpa menunggu lama. Selesai membeli, dia terus duduk di sebuah meja yang kosong.


Tiba-tiba…

Dia hanya mampu tersenyum. Lapar bukan lagi menjadi pokok utama. Kini perutnya sudah kenyang.


Kenyang kerana terpaku melihat wajah seseorang yang duduk berhadapan dengannya.



-TAMAT-

Hari Tua.

Selamat Hari Lahir buat tanah kedaun punya belog yang ke-25 tahun.

Harapan dan azam tahun ni ada. Walaupun yang tahun lepas punya tak tercapai lagi.

Tahun ni tanpa kek. Tanpa candle night yang romantik dan juga tanpa si pakwe yang entah bila nak muncul.

Tapi..

Aku ada family tersayang di sisi. Alhamdulillah.

.....







Sunday, August 28, 2011

Cinta si Kera.

Cinta monyet..



Pertengahan tahun 2000. Seorang minah yang berumur 14 tahun yang masih noob dan tiada pengalaman berchenta.


Sehinggalah..


Surat cinta pertama yang dikarang akan wajib ditabur dengan bedak wangi cap sakura. Motif supaya si pakwe dapat baca surat dengan hati yang bunga-bunga cintan.


Tiap hari naik bas sekolah mesti lalu depan rumah si pakwe. Tak dapat tatap wajah, tengok pintu pagar je pun cukuplah. Tiap malam kena pasti line clean n clear. Dengar je ada bunyi ring ring terus angkat tepon sebelum mak bapak dapat angkat.

Dapat tanya "awak dah makan ke belum?" pun dah hilang rindu. Peh. gila punya cerita yang sepuluh tahun punya lepas ni.

Bila teringat balik rasa nak pitam pun ada sebab tak sangka "rupanya aku lettewww budak hingusan yang kacang mentah sangat tuh.." Aku hairan kenapa dalam banyak banyak soalan, soalan "awak dah makan ke belum..?" sangat pemes disoal pada pasangan kekaseh. Kenapa tidak "awak dah berus jamban belum wak..?"

Ah.


Apa punya cerita pun, yang pasti si pakwe dah lama berbini dan ber'anak' sorang. Aku? Harap-harap kali ni bukan lagi cerita cinta monyet.

Wednesday, May 25, 2011

Bulan biru yang jelita.


Mentang-mentanglah dunia di hujung jari, maka apa pun kau buleh capai dengan hanya mengklik button mouse. Kali ni aku nak post lagu yang aku suka dengar. Aku rasa lagu ni seolah-olah menceritakan tentang kisah hidup aku yang lonely (kadangkala, selalu pun buleh apa). Layan lah weih! Kalau tak nak layan korang punya pasal. Aku peduli apa! (pergh..)

Thursday, April 14, 2011

A Hope.

A heart to be given, is not easy of what you think. I take this chance to keep silent and alone. I do love myself. I won't let my heart broken for a twice. I'm sorry to say NO.

Wednesday, February 9, 2011

Semangat.

Pagi ni macam agak kelam kabut skit. Seawal jam 6.30 pagi, iaitu sesudah Subuh bak kata orang lebih afdal; maka aku pun keluar dari rumah untuk mencari rezeki. Dengan hati dan semangat yang membara, aku melangkah menunggu bus rapid di depan umah.

Tepat jam 6.45 pagi, bus rapid muncul. Aku lihat abang drebar agak kengantukan hari ni. Tapi itu tidak sekali-kali membunuh semangat aku untuk ke tempat kerja.

Setelah sampai di terminal feri, aku melihat dari kejauhan pakcik yang menjaga pintu penumpang ingin menutup pagar tersebut. Aku pun terus berlari sehingga tereksiden dengan bangku penumpang. T_T Nasiblah tiada abang kacakkk di situ. Akhirnya pakcik tersebut memberi keizinan untuk aku masuk ke dalam feri. Mungkin disebabkan wajahku yang pucat akibat terbabas dengan bangku tadi. Terima kasih pakcik!! Pakcik sangat baik hati. Kata hati kecilku.

Perjalanan demi perjalanan, akhirnya aku sampai di muka pintu gerbang tempat kerja. Perjalanan masih jauh. Aku menghela nafas yang agak panjang. Ikut hati mahu saja aku hentak-hentak kaki kerana bebal untuk berjalan jauh menuju ke tempat kerja. Namun disebabkan semangat membara yang ada di celah-celah hati, aku tabahkan diri.

Setelah 10 minit perjalanan, aku pun terpacak di hadapan bangunan tempat kerja. Sampai di muka pintu, aku disambut dengan senyuman manis dan sapaan 'Gud Morning' oleh seorang gadis Vietnam yang cukup manis. Sangat sopan orangnya. Kenapa tiba-tiba aku pula yang malu? Mungkin aku memang begini.

Terus aku menuju ke tingkat atas, iaitu bilik ofis aku. Hmm. Seorang pun masih tiada. Yang ada cuma 2-3 kerat sahaja. Tiba-tiba aku disuruh oleh bos supaya mencari sedikit sebanyak maklumat tentang tetamu undangan yang akan hadir pada majlis petang ini. Terus aku 'on' lappy tanpa soal. Jari jemariku rancak dan pantas men'gugel' apa-apa yang patut.

Selesai kerja-kerja pencarian tersebut, terus aku ke bilik bos.

Korang tahu apa jawapannya?

Alangkah girangnya hati ini apabila bos telah memuji-muji aku. Aku menjadi kembang setaman buat sesaat. Syukurlah.

Dengan senyuman dan hati kuntum-kuntum, aku terus ke bilik ofis semula.

Suatu permulaan yang cukup indah buat aku. Aku berjanji, yang aku takkan sia-siakan peluang yang ada dan akan terus bekerja dengan semangat yang terbakar selepas ini. InsyaAllah.

Tamat Kisah.




Sunday, February 6, 2011

Langkah 1.

Selamat Datang ke Rumah Baru yang masih tak ada perabot.

Masih kosong, dan masih belum ada isi. Hanya kata-kata pembuka belog yang muncul.

Sebagai permulaan, ini adalah belog yang berkaitan dengan apa-apa jua tentang hidup aku. Hope korang tak termuntah hijau atau pengsan sebulan dengan membaca belog ini.

Anggaplah gurauan-gurauan atau perlian-perlian di dalam blog ini sebagai hiburan dihujung minggu, santai petang (malam pun bole), dan renungan untuk rakyat belog sekelian.

Salam 1Belog.

-Saya menurut perintah pemilik belog ini-