PART
1
Kali
ni Aminah dah nekad. Dia dah tak nak ambik peduli lagi tentang Karim. Baginya,
Karim sudah tiada dalam senarai masa depannya. Mungkin dulu dia pernah
meletakkan Karim sebagai list pertama dalam hidup yakni untuk hidup semati
bersama-sama. Tapi sekarang itu semua sudah hancor ibarat papadom yang
dikunyah-kunyah sehingga lumat. Semua itu terjadi semenjak Karim mula
menjauhkan diri dari si Aminah.
Aminah
memikirkan sebab musabab Karim menjauhkan diri darinya sehinggakan migraine datang
menyerang Aminah berulang-kali. Sekali dua boleh ditahan. Tapi bila sudah
berkali-kali, itu melampau. Cukuplah, kata Aminah. Kali ini dia tak akan
berkompromi lagi. Buat Karim, selamat tinggal. Kau bukan lagi future-hubby aku. Aminah bertegas.
Tapi
rasa tak puas hati kenapa Karim buat begitu masih ada. Aminah merasakan dia
tidak pernah menyakiti perasaan Karim. Yang paling buat Aminah geram bila si
Karim diam seribu bahasa tiap kali online
di yahuu. Geram betul. Habis semua emoticon
Aminah pakai. Reaksi Si Karim tetap sama. Tiada tindakbalas. Macam dah takde
perasaan. Kosong. Tiada lagi kemesraan, kemanjaan dan kenottyan seperti dahulu kala. Aminah sedih yang amat. Hatinya dah
terkoyak. Hairan. Kenapa Karim macam endah tak endah dan buat-buat dingin
dengannya tiap kali Aminah inginkan belaian kaseh sayang dari Karim. Bila
teringat reaksi si Karim, Aminah akan menangis, menangis dan menangis
sepuas-puasnya. Sehinggalah matanya menjadi lebam seperti seekor panda yang comel.
Dan tak siapa yang tahu kelukaan itu…
…
“Woi..!”
nyaring suara kedengaran dari arah belakang. Karim yang baru sahaja keluar dari
toilet agak terkejut. Mujurlah dia sempat melabur dalam ‘bank’ sebentar tadi.
Kalau tidak, nahaslah seluar jeans bundle yang baru dibelinya malam tadi.
“Kau
ke Karim?”
“Yer,
gua Karim. Lu sape?” soal Karim dengan cool.
Karim cool masa tu sebab dia kat
tempat awam. Kebetulan berhampiran pula dengan sebuah pondok polis.
“Aku..?
Tak payahlah kau nak tahu sangat nama aku. Dengar sini bebaik. Aku nak kau
jauhkan diri kau dari Aminah. Kau faham tak?!” ujar mamat parut-tepi-hidong
sambil mengepal-ngepal penumbuknya.
“Kenapa
pulak?!” soal Karim dengan selamber cipan dan penuh blur.
“Lagi
mau tanya! Kalau kau rasa nak hidup lama, jauhkan diri kau dari Aminah!?” mamat
parut-tepi-hidong berlalu pergi dengan menghadiahkan sebuah jelingan maut pada
Karim.
Karim
masih lagi terkaku di bahu jalan. Drama apa ni? Sungguh Karim tak paham. Macam
mana pulak si mamat-parut-tepi-hidong tu tahu yang gua dengan Aminah ada affair? Karim garu-garu celah kangkang
yang tidak gatal. Ni mesti kes jeles ni. Teka Karim. Peduli apa gua? Gila ke
apa gua nak lepas AMinah macam tu je? Gua dah tangkap cintan tahap dewa sama
Aminah. Tetiba suruh lepaskan Aminah. Gila ka weih?!
Sungguh
tak rasional tindakan mamat-parut-tepi-idong tadi. Mesti mamat tadi dah salah
orang. Sebenarnya dia nak warning
orang lain. Tapi ter warning gua.
Kebetulan Aminah adalah watak makwe dalam citer ni. Jelas ada unsur kekaburan
di situ. Karim menggelengkan kepala dan berlalu pergi tanpa rasa was-was. Dia
berasa gembira dengan andaian yang dibuat sebentar tadi.
……
Tiba-tiba
perut Aminah bergetar lalu memberi signal lapar dan dia perlu makan dengan
kadar segera. Di suatu corner jalan, Aminah ternampak sorang makcik sedang
rancak menggoreng di sebuah gerai kecil. Aminah mendekati gerai mak cik
tersebut untuk melihat makanan yang dijual.
Apabila
didekati, Aminah melihat ada karipap panas, popia goreng, nasik lemak dan macam-macam lagi. Sedapnya!
Terliur seketika. Tetapi Aminah akhirnya membeli karipap panas sahaja dan berlalu
pergi. Sambil mengunyah karipap sardin yang sungguh sedap itu, Aminah tersedak
kerana terlalu gelojoh menyumbat ke dalam mulut. Air pulak takde. Lupa nak
beli. Aminah terduduk di atas kerusi perhentian bas sambil mengurut-ngurut
dadanya. Keadaan Aminah sungguh kritikal ketika itu.
Dari
tepi, ada sepasang tangan menghulurkan sebotol air mineral kepada Aminah. Tanpa
menoleh dan banyak cakap, Aminah terus mencapai botol mineral tersebut dan
meneguk dengan sepuas-puasnya. Ahhhhhhh! Aminah lega sambil menjilat-jilat
titisan air di segenap muncung botol.
“Terima
kasih,” kata Aminah sambil mengelap bibir yang basah.
“Sama-sama,”
jawab pemilik sepasang tangan itu.
Aminah
menoleh ke arahnya.
Tiba-tiba
Aminah merasakan dunianya gelap.. dan gulita…
…..
Aminah
menggosok-gosok kelopak mata. Kepalanya pening. Sambil mengurut-ngurut dahi, dia
melihat keadaan sekeliling. Dia kini berada di sebuah bilik yang kosong tanpa
perabot.
“Aku
kat mana ni..? Arghh..” Aminah masih pening-pening lalat.
Sedaya
upaya Aminah cuba
bangun. Tiba-tiba Aminah terpikirkan tentang sesuatu.
Apakah…
dia telah dikidnap?
OH
EMM GEEEE!!
Wajah
Aminah serta merta pucat macam mayat. Saat terakhir yang sempat diingat bila
dia tersedak dan ada orang kasi air untuk diminum. Lepas tu dia dah tak ingat
apa-apa lagi dah. Damn! Menyesal aku
minum air tadi! Aminah menyesal. Sesungguhnya sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada berguna. Semuanya sudah terlambat. Kini Aminah sudahpun dikidnap dengan jayanya.
Tanpa
berlengah, Aminah terus bergegas ke pintu. Dengan kuasa bulan, Aminah memulas
tombol pintu sehingga dia terpelanting ke arah dinding. Aminah mengaduh
kesakitan. Ooohh. Rupanya pintu tidak berkunci. Sia-sia guna kuasa bulan bagai!
Aminah
musykil. Kalaulah dia benar-benar dikidnap,
kenapa pintu tak dikunci? Dan lagi menghairankan dia tidak diikat. Malah dia
dapat merasa yang dia masih lagi belum dinoda. Bukan ke dalam citer kat tv
selalunya heroin diikat dengan kejam, dan pintu mestilah dikunci. Dengan itu
heroin tak dapat lari maka hero akan datang untuk membantu. Ini tidak. Semuanya
dalam keadaan yang baik.
Aminah
menjenguk ke luar pintu. Kosong. Takde sekor manusia mahupun jin afrit yang
berkeliaran di luar sana .
Dengan penuh berhati-hati, Aminah terkedek-kedek ke tingkat bawah. Kasut tumit
tinggi 2 inci setengah di stenbai sebagai senjata. Jika perlu, dia tidak akan teragak-agak
untuk melibas sekuat hati kasut tersebut ke alat sulit penculik. Biar ko mandul
seumur hidup! Aminah menyumpah ranah dalam hati.
Kini
Aminah sudah sampai di ruang bawah. Macam… penah tengok je tempat ni. Tapi kat
mana yek? Aminah hairan. Tiba-tiba.
SEPRAISSSSSSSSSSS!!!!!!!
WWUHOOOOOOOOOOO!!!
Aminah
yang mulanya tadi sedar kini telah pengsan semula. Keadaan menjadi sunyi sepi
seketika dan semua oran g
yang sedang melihat reaksi Aminah yang pengsan dengan ayu di permaidani ruang
tamu. Beberapa orang yang ada di situ hanya mengelip-ngelipkan kelopak mata.
Kedengaran
bunyi cangkerik di segenap ruang.
“Err..
korang tak rasa ke kita punya plan ni terlampau fanatic sangat..?” soal
mamat-parot-tepi –idong.
Di
pintu rumah, kelihatan si Karim muncul dengan membawa sebuah kotak hadiah di
tangannya. Matanya membulat sambil memandang ke arah Aminah dan tetamu undangan
yang lain.
*bersambung..
No comments:
Post a Comment