Masuk kali ni dah dua belas kali aku pelik dengan persekitaran
aku ni. Dah nama duduk kondo, sekor-sekor perangai dah macam biawak komodo aku
tengok. Hilang selera aku nak menjamah rezeki depan mata. Perempuan yang aku
boleh panggil makcik, pakai baju sendat macam tak cukup kain, boleh selamber
cipan pelawa aku ehem-ehem dengan dia. Betul kata orang. Dunia dah nak kiamat.
Aku geleng kepala tengok perangai makhluk-makhluk kat sini.
Tiba-tiba..
Aku dengar macam ada pekikan maut di belakang.
“Tak guna punya jantan! Kau memang Babi!Babiiiiiiii..!!”
kelihatan sepasang kasut tumit tinggi 2 inci terbang melayang ke arah seorang
lelaki yang sedang membetul-betulkan zip seluar dan butang baju dengan
tergesa-gesa.
Aku tengok Sally dah macam orang gila meroyan. Aku jeling
Sally. Sally membetul-betulkan rambutnya yang kusut masai. Dah macam singa
jantan aku tengok rupa si Sally ni.
Sally datang menghampiri aku.
“Kau dah kenapa?” soal aku.
“Apa lagi, kes makan free lah!” ngomel Sally dengan
suara yang garau.
Sally memang cantik. Punggung lentik kalah anak dara.
Che Ta pun kalah. Bergetah woi! Pergh. Tapi.. itu hanya pada luaran. Hakikatnya
Sally adalah seorang jantan seperti aku. Entah di mana silapnya, aku tak pasti.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, Sally telah melarikan diri dari kampung
sejak umurnya mencecah 15 tahun. Dia lari kerana telah dihalau oleh orang
tuanya atas sebab dituduh mencuri baju dalam anak dara kampung. Ya. Memang geli
hati tatkala mendengar cerita tu. Tapi hakikatnya sangat sadis. Sally memang
baik, tidak pernah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada orang yang
memerlukan. Cuma silapnya cara hidup dan penampilannya sangat mengelirukan dari
pandangan norma masyarakat.
Nyah. Mak Nyah. Lady Boy.
Itu gelaran yang sering masyarakat gelar Sally dan
sahabat handainya yang turut berkecimpung dalam arena hidup songsang. Alasannya
kerana duit! Pekerjaan ini sahaja yang Sally mampu lakukan demi menyara
kehidupannya. Macam dah takde kerja lain kat Malaysia ni. Aku bukan tak pernah
nasihatkan si Sally ni supaya balik ke pangkal jalan, dah berbuih mulut aku
khutbahkan dia. Tapi langsung takde effect ke dalam jiwanya. Cukuplah aku rasa.
Sebelum aku koma akibat sawan, baik aku diam. Hati pun tak sakit. Air liur tak
bazir. Namun, sebagai kawan, aku hanya mampu mendoakan agar Sally mendapat
hidayah untuk berubah. Insha Allah.
Itu tentang Sally.
Tentang aku?
Hmm... Tak begitu banyak yang boleh aku kisahkan
tentang diri aku. Nak kata aku handsome macam Zill, tak jugak. Memang aku kalah
dengan dia. Tapi, yang aku tahu, aku manis ada! Masyarakat takkan faham tentang
semua ini. Takpelah. Cukuplah aku sorang je yang perasan. Itu dah memadai bagi
aku.
Dah 32 tahun. Aku masih lagi keseorangan. Takde makwe.
Single. Dan aku kepingin sekali nak ada seorang makwe yang boleh temankan aku
dikala aku kesepian. Berjalan-jalan. Tengok wayang, makan popcorn berkongsi.
Minum coke bertukar-tukar straw. Hmmmm.. aku berangan lagi nampaknya. Ternyata
itu semua adalah mimpi.
Bercerita tentang makwe.. sadis aku dibuatnya. Bukan
aku tak pernah ada makwe sebelum ni. Ada
tu ada, Cuma jodoh tak kesampaian. Sesungguhnya hubungan yang tidak mendapat
restu dari orang tua amat memilukan hati kedua pihak. Cewah! Skema pulak ayat
aku.
Biarlah. Biarlah. Aku.. tak mahu lagi kembali pada
kenangan itu. Cukuplah sekali aku dikecewakan. (RUJUK KISAH semalu part 3)
Bukan tak seronok jadi single. Takde ikatan. Bebas.
Kau boleh buat apa yang kau suka. Takde orang nak cemburu, takde orang nak
marahkan kau buat itu dan ini. Dan yang paling penting, takde orang yang nak
sakit hati dengan perangai hodoh kau. Apa jadi pun kau tanggung sorang-sorang.
Takde menyusahkan hidup oran g
lain.
Tapi.. rasa sayu tu kadang-kadang meresap masuk ke
celah-celah ruang hati aku yang kesepian.
Sepi.
Memang aku sepi. Tapi sengaja aku buat-buat bodoh tak
tahu dan berpura-pura yang aku ni seorang yang ceria dan takde masalah. Di
depan manusia, aku senyum. Aku ketawa. Aku ramah. Dan aku seperti manusia
normal yang tiada masalah. Tetapi disebalik topeng-topeng keriangan itu,
terselit wajah-wajah yang amat suram dan kelam.
Bahagia hanya akan muncul jika ada dua hati yang
saling menyatu antara satu dengan yang lain. Bila dah menyatu, maka akan muncul
satu aura magis yang mana kau tidur tak lena, makan tak kenya ng, mandi
tak basah dan segalanya. Ini yang parah. Kau settle lah sendiri nanti. Sendiri
cari penyakit sapa suruh. Puih!
Ahh.
Peduli apa aku dengan semua tu. Sekarang aku dah
kembali single. Hidup perlu diteruskan. Dan adakalanya aku menyetan kembali
seperti zaman jahiliah aku dahulukala. Nafsu aku Cuma satu. Yang mana paham
sila. Yang tak paham sudah.
Aku tengok mee goreng di depan mata. Tadi mulanya
beriya-iya perut rasa lapar mintak diisi. Tapi selepas dipelawa untuk
berehem-ehem oleh makcik gatal, terus rasa tak lapar. Malam kian suram dan
sepi. Makanya rokok lah santapan aku malam ni.
No comments:
Post a Comment