Selesai sahaja mengemas rumah, Dia berehat-rehat dan mengambil angin di lobi untuk merehatkan diri seketika. Tiba-tiba..
Dia terlalu rindu. Rindu pada seseorang yang sudah lama dia tidak temui. Pertemuan itu hanya sekali. Dan mungkin yang terakhir..
Setahun sudah berlalu. Tiba-tiba sahaja dia terkenangkan pada encik-tanpa-nama. Ah. Dah mula. Dia mula mengingati kenapa dia sering memangil encik-tanpa-nama dengan gelaran itu. Bukan kerana apa, tetapi ada kisah di sebaliknya. Nanti akan diberitahu.
Kini fikirannya terkenang pula pada saat pertemuan dia dan encik-tanpa-nama buat kali pertama. Pertemuan yang tidak disengajakan di sebuah restoran makanan segera di bulan Ramadhan. Meja makan ketika itu semuanya penuh. Dan sehinggalah si dia ternampak suatu meja yang kosong 1 tempat duduknya, manakala satunya telah diduduki oleh seorang pemuda, berambut keperangan, dan wajahnya sedikit campur. Mungkin ada sedikit campuran dari negara sejuk. Hatinya
Matanya meliar mencari tempat kosong yang lain untuk duduk. Waktu berbuka pun sudah hampir. Tiba-tiba pemuda yang di ushar-ushar tadi datang menyapanya.
“Kalau tak keberatan, cik boleh duduk semeja dengan saya..” pemuda itu mempelawanya dengan senyuman yang mencairkan. Sungguh cair senyuman itu seperti susu cair. Dia tidak terkata apa pada mulanya. Tetapi memikirkan waktu berbuka yang makin hampir, dia menerima pelawaan itu dengan malu di hati. Ini kali pertama ada lelaki yang begitu gentleman mempelawanya duduk semeja. Kacak pulak tu! Bukan perempuan namanya jika hati tak tertawan. Oh! Tolong jangan katakan ini semua adalah mimpi! Dia bermonolog dalam hati.
Dengan perlahan-lahan dan malu-malu, dia melabuhkan diri di tempat duduk berhadapan dengan pemuda itu. Entah kenapa hatinya berdebar-debar. Mungkin kerana segan. Tambahan pula dia cuma seorang minah yang boleh dikatakan sangat tipikal. Dengan baju kurungnya, dengan seliparnya dan… begitu.. sememeh sekali. Gerutu hatinya sendirian.
Dia hanya mampu tersenyum malu-malu persis kucing comel.
Baiklah. Dipendekkan cerita.
Cerita di restoran makanan segera tamat di situ sahaja. Tiada perbualan yang mesra, tiada pertukaran nombor telefon dan yang paling tiada ─ pertukaran nama. Inilah yang memunculkan gelaran encik-tanpa-nama.
Sungguh dia rindu untuk bertemu dengan pemuda itu lagi!
Tapi…
Tak mungkin dia dapat bertemu lagi dengan encik-tanpa-nama. Kemungkinan besar encik-tanpa-nama sudah bernikah/balik oversea/pindah daerah etc.
Hampa.
…..
Malam harinya, dia ke restoran makanan segera yang sama untuk membeli makanan. Perut sudah mula berdangdut. Inilah tempat yang menyediakan makanan dengan segera tanpa menunggu lama. Selesai membeli, dia terus duduk di sebuah meja yang kosong.
Tiba-tiba…
Dia hanya mampu tersenyum. Lapar bukan lagi menjadi pokok utama. Kini perutnya sudah kenyang.
Kenyang kerana terpaku melihat wajah seseorang yang duduk berhadapan dengannya.
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment