Sunday, September 18, 2011

Ceria dalam kehibaan.


Ada satu kisah di mana seorang pemuda yang bernama Ben bakal menjengah ke angka 29 tahun tidak lama lagi. Untuk pengetahuan pembaca, Ben baru sahaja putus tunang. Kenapa? Mengapa? Bila? dan bagaimana ia terjadi, tak perlulah ditanya atau diceritakan. Ben mengambil langkah untuk mendiamkan diri dari pertanyaan rakan-rakan ofis dan ahli keluarganya yang lain kerana itu lebih baik. Supaya hatinya lebih tenteram. Ben merasakan adakalanya kenangan pahit perlu dibuang begitu sahaja jauh-jauh. Usah disimpan terlalu lama kerana ia hanya akan melukakan hati yang sudah sedia terhiris. Sungguh frust nampak gaya si Ben ni yer.


Bila dah single, Ben merasakan dirinya bebas seperti burung-burung yang berterbangan di awan biru. Ayat ini mungkin agak klishe. Tapi tidak pada Ben kerana dia menganggap itu real dan betul-betul diyakini. Tiada paksaan, tiada pembohongan, tiada kepura-puraan, tiada kepalsuan dan yang paling penting tiada kecurangan. Hidupnya mungkin lebih aman tanpa kehadiran cinta di hati…

Suatu hari, Ben mengambil keputusan untuk pulang ke kampung atuknya di Pulau Pinang. Kl akan ditinggalkannya untuk seketika. Plan ini digubal oleh Ben sendiri yang mahukan supaya dia dapat menenangkan fikiran dan melupakan segala kepahitan yang terjadi sebelum ini. Itu hasrat Ben yang satu. Dia juga berazam supaya tidak akan jatuh cinta lagi. Dia sudah serik dan penat untuk bercinta lagi. Wah. Bukan main bersungguh lagi Ben untuk tidak jatuh cinta lagi dalam hidup. Bagi Ben, cinta dalam hatinya sudah menjadi hitam dan kering!


Seperti yang dirancang, tiba hari untuk Ben melangkah pergi ke sebelah utara tanah air. Selamat Tinggal KL! Kata hati kecil Ben dengan pasrah. Disebabkan Ben memiliki kedudukan yang agak bagus di syarikat, maka Ben dapat bercuti lebih lama. Memandangkan Ben juga jarang-jarang untuk memohon cuti sepanjang bekerja di syarikat itu. Rony selaku boss Ben memahami jiwa Ben yang inginkan ketenangan setelah putus tunang dengan kekasih hati pengarang jantungnya seminggu yang lepas. Maka cuti Ben akhirnya diluluskan tanpa was-was.


Lebih kurang 3 jam Ben sampai di perkampungan atuknya di Pulau Pinang. Ben memarkirkan keretanya betul-betul di tepi sawah bendang. Jiwanya terusik dan benar-benar tenteram bila menyaksikan hamparan padi yang sedang menguning dan ranum untuk dituai tidak lama lagi. Serta-merta fikiran dan hatinya pada KL terus hilang! Betapa ajaibnya kuasa sawah padi tersebut.

Sedang menghirup udara segar, Ben ternampak seorang mak cik yang sedang mengail ikan di tepi tali air sawah bendang. Rupa mak cik itu sangat kekampungan. Dengan topi rotan yang bulat dan lebar, berkain batik lusuh, serta berbaju kedah—imej wanita kampung. Kata hati Ben.

Pembaca mungkin sedia maklum, bahawa tiupan angin di sawah bendang sangat nikmat. Nikmatnya sampai boleh bawak ke tidur! Sedang khusyuk menikmati angin yang sungguh sedap itu, tiba-tiba topi mengkuang yang dipakai oleh si makcik-baju-kedah tadi dengan tidak sengaja telah hinggap tepat di wajah Ben. Ben dan si-makcik-baju-kedah tadi terkaku selama 5 saat. Si Ben terkaku sebab hati tengah panas. Boleh pulak si topi makcik-baju-kedah ni mendarat atas muka aku yang sungguh suci ni? Ben mengomel sendirian.


Si-Makcik-Baju-kedah pulak dalam hati rasa nak tergelak. Pendek kata scene tadi sangat lucu. Eh, korang tak rasa macam tu ke? Kalau tak, sila abaikan. Okay, berbalik pada cerita ni semula. Ben terus ambil topi mengkuang tu dan berjalan ke arah si-makcik-baju-kedah ni tadi untuk pulangkan balik topi. Bila Ben semakin hampir dan dekat dengan si makcik-baju-kedah tadi, tiba-tiba Ben berasa pelik. Kenapa si makcik-baju-kedah ni muda semacam aku tengok? Ni bukan makcik weih! Ini makwe walawehh!! Kata hati Ben dalam-dalam. Ternyatalah ramalan awal Ben tadi sungguh palsu dan tidak benar. Dia sangkakan yang tengah mengail ikan baek punya tadi adalah seorang makcik, tetapi rupanya seorang makwe yang sungguh manis dan cun. Walaupun dengan baju kedah dan… topi mengkuang yang hinggap ke mukanya tadi. Dalam tak sedar, Ben meramas topi mengkuang tadi hingga naik lunyai sambil diperatikan oleh si-makwe-baju kedah. Ok. Sudah tukargelaran.

“Err.. topi awak, kan..?” si Ben buat-buat tanya padahal dalam hati memang dah tahu si empunya topi tu.

“Ya, saya punya..” senyum si-makwe-baju-kedah dengan senyuman yang sungguh memikat. Auuuww aauuwww!! Tetiba bunyi serigala menyalak di balik scene citer ni.


Hati Ben yang dahulunya hitam dan kering, tiba-tiba sahaja dihujani dengan rumput-rampai yang sungguh menyegarkan. Mungkin tak lama lagi hatinya akan muncul sebuah taman. Cewaaah!


Topi akhirnya bertukar tangan. Dan pertemuan itu tamat di tepi sawah bendang dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Si-makwe-baju-kedah berlalu pergi. Ben masih terkaku di situ.


Matanya tidak berkelip-kelip melihat keindahan ‘alam’ di kampung tersebut. Entah kenapa, Ben berasa sungguh girang di sini. Tak balik KL terus pun takpe! Hati Ben mula bunga-bunga di saat itu.


Panjang pulak kisah ni kan..? Dipendekkan cerita, Ben sampai di rumah atuknya—Lebai Hashim atauorang kampung panggil Tok Hashim.


Setibanya di rumah..


“Assalammualaikum!” Ben dengan sopan menanggalkan kasut di laman rumah. Sungguh hairan! Kalau di KL, kasutnya entah ke mana terpelanting. Tapi di kampung, ternyata Ben masih mengekalkan ciri-ciri tradisi Melayu. Sungguh banana split si Ben ni yer.

Waalaikumusalam..” muncul seorang warga emas berusia lewat 70-an di muka pintu. Masih gagah dan ada sinar keimanan yang terpancar di wajah itu.


“Bila hang sampai..?!!” soal Tok Hashim sambil memeluk Ben lalu menepuk-nepuk belakang Ben. Ben tersedak seketika.


“Haha.. baru ja.. Tok wan sihat ka?” jelas loghat Utara masih pekat di lidah Ben.


“Alhamdulillahhh… dok lagu ni la Man oi!” Tok Hashim bukan main suka bila dapat bertemu dengan si Ben. Untuk pengetahuan pembaca, Man dan Ben adalah individu yang sama. Yang beza Cuma pada nama. Ben nama glamour di KL. Manakala Man pula adalah nama kampungan—yang digunapakai oleh sedara-mara Ben di kampung. Jelas amat kontradik di situ.

“Malam ni ada kenduri kat rumah Pak Lah. Nanti boleh la kita pi skali na..” soal Tok Hashim.

“Bek tokwan,” senyum Ben dengan sipu-sipu.

Malamnya, seperti biasa Ben membonceng Tok Hashim ke rumah Pak Lah.


Semua mata penduduk kampung yang berkunjung ke majlis kenduri itu tertancap pada Ben. Mungkin disebabkan Ben agak kacak pada malam itu dengan berbaju Melayu. Ini menyebabkan Ben berasa sedikit terperasan. Ok abaikan. Tiba di ruang tamu..


“Sila.. sila Tok Hashim..” Pak Lah menjemput mereka duduk sebelum majlis doa selamat dijalankan.


“Haih Tok… ni sapa dia ni..?” soal Pak Lah sambil berjabat tangan dengan SI Ben.


“Ni la cucu aku yang dok kat KL nu! Haha..” jawab si Tok Hashim.


“La… ni ka Man? Isk isk. Besaq panjang dah hang noh? Dulu pakcik dok ingat masa hang kecik-kecik dulu dok beringuih* ja. Hahahahha!” pecah ketawa tetamu yang berada berhampiran dengan mereka. Tok Hashim pun tak kurang sama.

Ben hanya mampu senyum kambing. Alamak. Malu plak aku. Camna la Pak Lah ni leh ingat plak time aku kecik-kecik dulu? Argh!

Wajah Ben kemerah-merahan menahan malu.

Selesai majlis kenduri malam itu—mereka bersiap-siap untuk pulang.

Tiba-tiba…

Ben terpandang sesuatu di arah dapur belakang rumah Pak Lah. Sesuatu itu—seseorang yang baru dikenalinya siang tadi—Si-makwe-baju-kedah!


Tidak semena-mena jantung Ben menjadi dup-dap-dup-dap bila terpandang ke arahnya. Ya Allah! Inikah namanya cinta? Jantung Ben bertambah dup-dap kencang lagi apabila si-makwe-baju-kedah datang ke arah mereka.


“Tok Hashim, ni ada lauk lebih. Ambik la,” senyum si makwe dengan malu-malu.


“Haha.. terima kasih la noh Melati. Kirim salam kat semua. Tok balik dulu na. Jom Ben!”


Seakan-akan dihipnosis, Ben menurut sahaja kata-kata Tok Hashim dan berlalu pergi dengan menaiki motosikal.


Melati? Sedapnya nama minah ni… hati Ben mula berbunga. Setelah rumput-rampai mula membiak dengan cerdas dalam taman hati Ben, kini muncul pula bunga-bungaan sejati dalam taman tersebut. Tambahan pula kini dihatinya ada sekuntum bunga yang baru menumbuh..


Melati.


Ben tersenyum keseorangan. Ini tak boleh jadi! Esok pagi jugak aku mesti bagitahu dengan Tokwan untuk masuk meminang si Melati! Arghhhh! Nampaknya si Ben dah tak dapat menahan lagi perasaannya. Keinginan batin mula memuncak-muncak di saat itu.


Kesokkan paginya.. Ben bangun awal. Semata-mata untuk menyatakan hasrat suci murninya pada Tok Hashim. Benda elok usah ditangguh-tangguh katanya. Ben terpacak di depan pintu rumah dengan wajah yang sungguh gembira.


Tok Hashim yang baru selesai bersiap-siap untuk ke kebun, terkejut melihat Ben yang mundar-mandir di laman rumah.

“Haih. Awai bangun Man..? Jom kita sarapan sekali mai..” ajak Lebai Hashim.

“Takpa tokwan, cheq ada benda nak habaq kat tokwan ni..”

“isk, kalau ya pun, mai la kita minum-minum kopi dulu, sambil cerita pa salah haih,”

“Eh.. takpa takpa Tokwan, sebenaqnya.. cheq.. errr..”

“cheq apa?”

“cheq… cheq nak menikah!”

“Hahaha! Alhamdulillah. Baguihlah! Dengan sapa cheq nak menikah?”soal Tok Hashim.

“Dengan.. dengan..err..” Ben sebenarnya agak gementar saat itu.

“Dengan Melati!” phew. Ben menarik nafas lega setelah melepaskan hajat terbuku di hati.

Tok Hashim terdiam seketika.

“Awat tokwan?” Ben gusar melihat reaksi Tok Hashim yang seakan-akn tidak gembira dengan jawapan tersebut.

“Hang toksah dok buat keja gila la Man oih!” Tok Hashim bersuara.

“Awat pulak tokwan? Salah ka cheq nak menikah? Kalau boleh, la ni* jugak cheq nak suruh tokwan pi masuk minang Melati!”rayu Ben.

“Tokwan kata tak boleh! Memang la tak salah hang nak menikah, tapi bukan dengan Melati! Hang pi cari anak dara lain la Man oih!”

“Tokwan! Awat dengan tokwan ni? Huhu. Apa kurangnya si Melati tu? Dia bek* apa?! Lawa, sopan santun, hormat orang tua, semua cukup!”

“Memang tak dak kurang. Memang Melati tu bek* orangnya. Masalahnya sekarang ni…”

“Masalahnya apa tokwan??!!” Ben tak sabar-sabar mengetahui jawapan Tok Hashim.

“Masalahnya si Melati tu BINI ORANG!!”


AAA..PPPAAAA??!! Jeng jeng jeng!


“Kalau hang nak tau, Pak Lah tu la suami Melati! Depa baru ja menikah 3 bulan lepaih*," Tok Hashim berseloroh menjelaskan kepada Ben tentang status sebenar si-makwe-baju-kedah.


Dari jauh, sayup-sayup kedengaran suara lelaki meraung dengan nyaring di pagi yang hening itu.


TIDAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!


TAMAT.


No comments:

Post a Comment